Rabu, 5 Disember 2012

PROGRAM JOM MAKAN DURIAN

Program Jom Makan Durian anjuran Kelab EVO (Kejuruteraan)
MPSJ dan Bahagian Saliran telah diadakan pd 24 Nov 2012 yg lalu
bertempat di Kebun Durian En. Radzween Hassan (Juruteknik
Bahagian Elektrik di Mantin N. Sembilan

Perjalanan di awal pagi dengan kesejukan hujan di Lebuhraya LEKAS
menambahkan lagi keinginan untuk lebih cepat sampai di sana.

Laluan ke Kebun yg penuh adventure dan mencabar, lebih2 lagi
ditambah dgn keadaan selepas hujan benar2 menguji pemanduan
setiap kakitangan yang hendak menuju ke sana.

Seperti biasa, mana2 yg tak sanggup memakeupkan kereta dgn
percuma terpaksa meletak kenderaan di tepi jalan dan seterusnya
menyinsing seluar untuk meredah kebun durian tersebut.

En Radzween selaku tuan rumah mengalu-alukan kedatangan
tetamu yang berhajat meredah laluan ke kebunnya (tanpa
memperlawa sesiapa pun menaiki motorsikal utk ke kebunnya)

Sesampai sahaja di sana, longgokkan durian telah siap dihidangkan,
tidak perlu lagi mencari dlm semak-samun kebun dan
terpulanglah kepakaran masing-masing untuk membukanya.

Antara kakitangan yang telah memberanikan diri menghadiri
program ini berserta para keluarga mereka. (demi Kelab EVO
semak-samun, lecak & gigitan nyamuk mereka tetap mengharunginya)

Diberikan penerangan ringkas oleh bapa En Radzween mengenai
kws Kebun Durian ini dan diberikan beberapa petua utk menjadi
seorang pekebun durian yg berjaya kepada mereka yang berminat
seperti En Amran dan En. Shahrul.
En. Syahizam dgn bangganya menunjukkan skil membuka
durian yg telah terpecah & terkopek isinya
Wak Bur pula sedang melihat teori bagaimana membuka durian
dengan menutup mata oleh petugas kebun tersebut
Kakitangan yg hadir turut juga dijamu dengan buah-buahan
tempatan yang lain seperti nangka, manggis dan rambutan
yg akan menambahkan lagi keperitan perut kita
bila pulang kembali nanti.
Sambutan Hari Lahir kakitangan juga sempat diadakan
di dlm kebun durian ini, (terima kasih Kelab EVO ... ingatkan
dah x de utk kita orang yg tarikh lahir jatuh hujung2 tahun ni)
Akhir sekali jamuan nasi dgn lauk kampung & ulam2
berserta pulut durian menambah selera bila menjamu
mkn t.hari dlm Kebun Durian ini sebelum pulang ke destinasi.

* Pihak KELAB EVO mengucapkan terima kasih kpd semua
yg menjayakan Program ini.