Rabu, 27 Februari 2013

SELAMAT HARI LAHIR BULAN MAC


Kelab EVO MPSJ mengucapkan Selamat Hari Jadi
bagi kakitangan yang lahir pada bulan MAC

1) PN ELIZA - 04HB
2) PN NORA - 05HB
3) PN SARAH RUZANA - 13HB
4) EN AMIRUDIN SABRI - 13HB
5) EN SYED SHAFIZI- 15HB
6) EN MOHD YAZID - 16HB

Semuga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki hendaknya.

SEKITAR MAJLIS SAMBUTAN HARI LAHIR BULAN JAN - FEB


Majlis sambutan hari lahir kakitangan bagi bulan Jan- Feb 2013
telah selamat diadakan pada 22 Feb 2013 Jumaat yang lepas

Majlis diacarakan oleh En Mohd Fadzle B. Yatim

Majlis seterusnya memberikan peluang kepada Tn. Pengarah
Ir. Ismail Bin Shafie memberikan ucapan aluan
dan seterusnya merasmikan majlis tersebut.

Kakitangan yang lahir pada bulan Jan - Feb telah menerima
sumbangan hadiah dari Kelab EVO yang disampaikan
oleh Tn. Pengarah sendiri sambil disaksikan oleh En Sharul Izhar
selaku Presiden Kelab EVO 2013

Antara kakitangan yang lahir pada bulan Jan - Feb
yang menghadirkan diri pada majlis tersebut



Acara yang paling ditunggu-tunggu dan yang digemari oleh
semua kakitangan iaitu seisi makan-makan di mana
ianya  adalah sumbangan dari Bahagian Infrastruktur






Pihak Kelab EVO mengucapkan
Terima kasih kepada semua kakitangan Bahagian Infrastruktur
yang bertungkuslumus menyediakan jamuan bagi majlis ini.

SETOR BILIK FAIL JBT KEJURUTERAAN


Bilik Fail Jabatan Kejuruteraan di Subang Square SS 15,
Subang Jaya - lama juga tidak menjengah tempat ini, sebab ianya
dikunjungi sekali-kala bila untuk mendapatkan kembali fail-fail
lama bagi tujuan auditan atau rujukan.




Bilik ini menempatkan fail-fail projek Jabatan Kejuruteraan dari
zaman Majlis Daerah Petaling (MDP) hinggalah yang terkini

Bilik ini semakin cantik dan bersih, tidak seperti dahulu
sewaktu masa mula-mulanya ianya dibuka, fail-fail tidak lagi
bersepah di lantai dan disusun dengan teratur di dalam kabinet.
Terima kasih kepada petugas yang menjalankan tanggungjawab
dengan sebaik-baiknya.

                                                                       
Antara fail-fail yang baru sampai untuk disusun dibilik ini.

Ahad, 17 Februari 2013

JAMUAN HARI LAHIR JAN -FEB


Satu Majlis Sambutan Hari Jadi bagi kakitangan yang lahir pada bulan Januari dan Febuari
akan diadakan pada 22 Febuari 2013 Jumaat bermula jam 11.00 pagi hingga 12.00 tengahari.

Sehubungan dengan itu semua kakitangan adalah dijemput hadir bagi meraikan sahabat-sahabat
kita yang hari lahirnya jatuh pada bulan tersebut.   Sumbangan makanan bagi majlis kali ini
akan diuruskan oleh Bahagian Infrastruktur.

Rabu, 6 Februari 2013

BAJU F1

Biro Hadiah Dan Lawatan Kelab EVO MPSJ
sedang dalam proses menyiapkan design baju koprat
Kelab EVO dan 2-3 contoh design telah dikemukakan
bagi tujuan kelulusan pihak AJK Kelab

Anggaran harga sehelai baju tersebut adalah RM 60.00

POSTER CADANGAN HARI KELUARGA EVO 2013


Kelab EVO MPSJ merancang untuk mengadakan Hari Keluarga EVO 2013
pada 11-12 Mei 2013 bertempat di Gold Cost Morib, Selangor.

Sehubungan dengan itu kakitangan yang berminat menyertainya
bersama keluarga boleh berhubung dengan Pn Norita selaku
Biro Lawatan dan Hadiah bagi tujuan penempahan bilik.

Terdapat 2 jenis unit penginapan disediakan iaitu RM 187 bagi
unit Apartment 3 bilik (dikongsi 3 keluarga) dan RM 260 bagi
unit Suite bagi 1 keluarga.


Isnin, 4 Februari 2013

KUMPULAN HIJAU - GREEN

1) Penasihat - Ir. Mohd Arifuffin
2) Ketua Rumah - Mohd Yaqzan
3) Penolong - Pn Juliah Mat Pehee

Antara atlet-atlet yang pro dalam kumpulan ini ialah
En Haris Irwan, En Hasnizam, En Nurul Hilal
dan mengambil kira bekas-bekas atlet negara  yang masih lagi bertaring
seperti En Amirudin, En Syahizam , En Daud, kumpulan ini dianggap
persaing hebat dalam sebarang kejohanan sukan anjuran Kelab EVO

yellow

1) Penasihat - Engr. Mohd Razif
2) Ketua Rumah - En Azhan Mohamed
3) Penolong - Cik Azlin Abdullah

Kumpulan yang terdiri dari keturunan-keturunan atau berdarah Raja
atau  juga mungkin saudara kepada kakitangan di pejabat Istana Raja
seperti En Rostam, En Azhar Asmuni dan En Mohd Fadzle